Seorang sahabat, ‘Ali karamallahu wajhah telah berkata
kepada Kamil bin Ziyad, “Wahai Kamil, ilmu itu mengawasi kamu sedang kamu
mengawasi harta, ilmu itu adalah hakim sedang harta itu adalah barang yang
dihakimi ke atasnya, harta itu sifatnya berkurang dengan perbelanjaan sedang
ilmu itu bertambah dengan penyebaran.” Perkara ini telah disyarahkan oleh Ibn
al-Qayyim dengan syarahan yang meluas di dalam karyanya yang berjudul “Miftah
Dar al-Sa’adah”.
Abu al-Aswad pernah menyebut bahawa tidak ada suatu perkara yang
lebih menjadikan seseorang itu mulia melainkan dengan ilmu. Para penguasa
menguasai manusia kebanyakan, sedang para ulama’ menguasai para penguasa. Hal
ini telah dirumuskan oleh si penyair dalam bait syairnya,
“Sesungguhnya para pembesar menguasai golongan bawahan
“Sesungguhnya para pembesar menguasai golongan bawahan
Sedang para pembesar itu sendiri dikuasai para ilmuan.”
Dan seseorang telah bertanyakan kepada Ibn al-Mubarak, “Siapakah
manusia?” Ibn al-Mubarak menjawab, “golongan yang berilmu.”
Beliau ditanya lagi, “Siapakah para penguasa?” Ibn al-Mubarak
menjawab, “Mereka yang zuhud.”
Beliau ditanya lagi, “Siapakah mereka yang hina?” Ibn al-Mubarak
menjawab, “Mereka yang memakan hasil dunia dengan menjual agama.”
Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa orang berilmu itu diistilahkan sebagai manusia kerana ciri istimewa yang membezakan seorang manusia dengan haiwan ialah akal, sedang akal itu dizahirkan dengan ilmu. Ibn ‘Abbas telah menyebutkan bahawa melakukan revisi terhadap ilmu pada sebahagian malam lebih beliau sukai berbanding menghidupkannya dengan ibadat khusus. Al-Hasan juga menyebutkan bahawa apabila ditimbang dakwat yang digunakan golongan berilmu berbanding darah para syuhada’, maka dakwat yang digunakan golongan berilmu itu lebih memberati timbangan tersebut.

Di dalam tafsir ayat dari Surah al-Baqarah 2 ; 201 mafhumnya,
“…Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat...”
Beliau telah menyebutkan bahawa sesungguhnya kebaikan di dunia itu
ialah ilmu dan ibadat, dan kebaikan di akhirat itu ialah syurga.
Dan disebutkan bahawa Hakim telah ditanya oleh seseorang, “Apakah
perkara yang mampu aku perolehi?” Hakim pun menjawab, “Perkara tersebut ialas
sesuatu yang berenang bersama kamu di kala sampanmu karam, iaitulah ilmu.”
Imam Ahmad pernah menyebut bahawa manusia lebih berhajat kepada
ilmu melebihi makanan dan minuman kerana seseorang itu hanya memerlukan makanan
dan minuman sebanyak sekali mahupun dua kali dalam sehari, sedangkan dirinya memerlukan
ilmu sebanyak bilangan nafasnya. Sebahagian daripada generasi terdahulu juga
pernah menyebutkan bahawa sesiapa yang menginginkan dunia maka wajib untuk
dirinya mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat juga wajib untuk dirinya
mempunyai ilmu dan sesiapa yang menginginkan keduanya maka dia juga wajib
mempunyai ilmu.
___________________
Terjemahan dan sedikit olahan. Dipetik daripada “Al-Hayat ar-Rabbaniyyah wa al-‘Ilm” karya
al-Sheikh al-Qaradhawy. Artikel asal boleh diperoleh di sini.